Dah lama betul aku xtulis kat blog ni...erm...mungkin aku terabai atau aku sibukkan benda yg sepatutnya xdiperlukan perhatian...hehe...sekarang aku melayan perasaan aku ...tak dapat tido selagi jari ini xmenaip utk luahan ni...
sejak kebelakangan ini ...byk benda yg berlaku dalam hidup aku...pahit manis...hitam putih...tp bagi aku itulah pengalaman hidup aku yg xda dlm hidup org lain...daripada kisah hubungan hingga ke kehidupan aku...aku penat melayan perasaan ni...tp kalau x diikut kan...aku jadi org yg xda perasaan..mungkin kesalahan dan kesilapan ini dtg dari diri aku yg sememangnya tiada sempurna...kecewa dgn perhubungan sebelum ini..aku jadi fobia...selama ini aku terlalu komited dgn sesuatu membuatkan aku terabaikan sesuatu yg lain..dan aku pasrah..aku xmenyalahkan sesiapa...semua silap dan salah dtg dari manusia..tp peluang untuk menebus kembali tidak kesampaian...semua ini aku titipkan dalam bayu kehidupan aku..selalu aku memikirkan adakah aku boleh menjadi apa yg org lain hendak..atau aku menjadi seorang manusia yg mempunyai keinginan sendiri..yes..aku selalu dengar ayat.." kita boleh ikut cara org lain tp xsemestinya org boleh ikut cara kita "....aku sendiri keliru...untuk menjaga hati org lain aku terpaksa menipu diri aku sendiri...tp bila aku mengikut kata hati...aku terpaksa menyakitkan hati org lain...aku semakin keliru...walaupun aku selalu dipandang tidak matang tp aku tau baik buruk sesuatu...aku boleh memikirkan sesuatu...utk mendapatkan keputusan...apa yg dimaksudkan dgn tidak matang...aku lihat org yg ucap ayat tu..org tu yg tidak matang...bg aku ..matang atau tidak ...itu xmenunjukkan yg seseorang itu boleh menerajui kehidupan sendiri tanpa orang lain....arghh...aku cuba untuk memperbaiki kesilapan aku tp...tiada noktah untuk org lain mengeji..bagaimana cara untuk aku memuaskan hati org lain sedangkan aku sendiri terseksa..walaupun aku senyum..rintihan hati ku terpaksa aku selindung disebalik gelak tawa ku..hanya itu yg mampu aku lakukan.tp aku syukur kepadaNya...Dia masih lagi memberi aku peluang untuk menghadapi kehidupan seterusnya walaupun aku masih lagi takut untuk menghadapi..dan aku bersyukur kerana...org yg aku sayang dan sentiasa ingat diri aku masih berdiri di belakang dan tepi aku ketika aku jatuh...
pernah satu ketika org yg tiada disampingku setiap masa (kecuali dirumah)..menegur dgn sikap ku yg berubah...keluarga aku sendiri bertanyakan perihal aku...aku menjadi sedih dan sayu kerana mereka masih mengambil tahu tentang aku walaupun aku bukan jenis yg suka bercerita..aku sayu mendengar kata2 itu keluar dari mulut mama aku sendiri...sememangnya seorang ibu/mak/mama/umie atau sebagainya dapat memahami anaknya sendiri...mungkin sudah terniat dihati kecilnya untuk aku membuat sesuatu yg boleh membahagiakan atau mengembirakan dia tp sayang...anaknya masih tidak dapat peluang utk berbuat demikian..aku betul kecewa...sekurangnya dia memahami aku...masih lagi memberi aku kata semangat untuk kehidupan aku...perjalanan hidup ku masih lagi jauh dengan keizinanNya..insyallah..tidap pernah putus asa memberi kata semangat untuk anaknya..terima kasih setulus ikhlas aku ucapkan..dan aku mengharap aku dapat menemui seorang yg boleh menjadi seperti mamaku..Walaupun aku tahu ia tidak dapat menandingi mamaku tp sekurangnya perhatian dan kasih sayangnya dapat ku rasa tanpa kurangnya...
dan aku tidak pernah lupakan seseorang yg dulu pernah mengangkat aku ketika aku 'jatuh' dan sekarang masanya aku mengangkat dirinya ketika dia jatuh..
sahabat..aku tetap menghormati dan menerima seadanya dirimu..pertama kali kita berjumpa...aku tak menyangka hubungan dari seorang kawan menjadi erat seperti adik beradik..aku bersyukur dan berterima kasih kerana kau hadir dalam hidup aku sebagai seorang sahabat yg sentiasa berada disebelah aku...walaupun dahulunya aku mempunyai seorang sahabat seperti kau...tp bagi aku ...dalam hidup aku...hanya kau dan mereka yg memahami aku tetap aku sanjung..aku sanggup buat apa sahaja untuk mengembirakan kau...kau dah ku anggap seperti keluarga ku...terima kasih sahabat.
sekarang masa utk aku membalas budi baik kau...walaupun apa yg org kata mengenai kau...aku tetap dgn pendirian ku...jgn kau risau ...pendirian aku xkan goyah selagi kita masih jujur dan mempercayai satu sama lain..kehidupan kita tiada beza...kau dan aku pernah jatuh dan pernah berdiri...dan jadikan itu sebagai pengalaman persahabatan kita...
sekarang aku mempunyai kehidupan yg aku harapkan..tenang dan mendamaikan walaupun sebelumnya aku terpaksa menongkah arus tp aku terpaksa tabah hadapinya..aku mendapat pengalaman baru di tempat yg baru...aku berjumpa org baru untuk pengenalan kehidupan yg baru...tp itu semua xkan dapat melupakan kenangan silam...hanya aku jadikan benteng atau sandaran utk kehidupan yg seterusnya...dan kuharap tiada yg pahit aku tempuhi...walaupun terpaksa aku hadapi ...akan ku hadapi dgn tenang...syukur aku masih lagi waras..mengembirakan hati sendiri lagi baik dr mengembirakan hati org lain dan kita terpaksa hipokrit dgn diri sendiri..dan aku bersyukur kerana aku dapat tempuhi n merasai karma hidup ku...
hadapi dgn tenang apa yg akan aku lalui dimasa hadapan..
terima kasih kepada org yg masih memandang aku sebagai insan...
terima kasih kepada org yg masih lagi berdiri di sebelah ku...
terima kasih kepada org yg membuat aku senyum...
aku tidak dapat membalas budi dan insan yg telah diberikan..
kepada org yg pernah aku sakiti dahulu...aku memohon maaf dari hati yg kecil dan hina ini..bagi aku..peluang untuk mengenali dahulu cukup membuatkan hati ku gembira walaupun diakhirkan dengan derita..aku tetap aku...kesilapan dan keangkuhan diri ini akan ku ubah untuk hadapi kenangan dan kehidupan yg seterusnya..peluang mengenali diri mu dahulu memberikan aku pengalaman dalam hidupku..dan semoga diberkati hendakNya walau dimana kau berada...kenangan bersama dahulu tetap terpatri didinding pengalaman ku...doa kesejahteraan tetap aku utus untuk kebahgiaan mu..
( terima kasih kpd keluargaku,farhan,nanie,ejal dan farah,anol dan nana,frost,yana n black, boy ep, dan semua kawan2 yg pernah dan masih mengembirakan diri ini..aku tidak pernah menyesal mengenali diri kalian semua..mengembirakan hati ku membuat diriku dihargai..tidak dapat ku balas kembali apa yg telah kalian berikan hanya doa kepadaNya untuk kehidupan kalian semua..kepada kawan2 yg tidak dapat ku tuliskan nama disini...namamu tetap tertulis dalam kisah kehidupan dan kenangan ku)
jangan putus asa untuk menasihatiku..kerana aku masih lagi memerlukan teguran dan pandangan untuk dikongsi bersama...
salam sahabat dan salam kasih daripada insan yg kerdil ini...
casturi...
No comments:
Post a Comment